MY TEAM

We WiLL Be iN YouR HeaRt!!!
Home­Portal­Gallery­FAQ­Search­Memberlist­Usergroups­Register­Log in
Forum
Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
Latest topics
» main jgn nak tipu nanti kenak sergah oleh multi hunter
Sat Sep 20, 2008 12:06 pm by destiny

» Tips dan Panduan
Thu Sep 04, 2008 1:22 pm by abib666

» video tentera sarawak yang masih dalam latihan utk menggempur
Sat Aug 30, 2008 12:06 am by blader

» memantapkan Motivasi dari malaikat 4
Mon Aug 25, 2008 1:32 am by malaikat 4(sWk)

Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Affiliates
free forum
Facebook
Follow us on Twitter
November 2009
MonTueWedThuFriSatSun
      1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30      
CalendarCalendar
Post new topic   Reply to topicShare | 
 

 memantapkan Motivasi dari malaikat 4

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
malaikat 4(sWk)
Ahli motivasi
Ahli motivasi


Number of posts: 7
Age: 21
Location: Alam Malakut
Registration date: 2008-08-14

PostSubject: memantapkan Motivasi dari malaikat 4   Wed Aug 13, 2008 7:45 pm

Sebelum tidur, maafkan semua
orang tak kira siapa ~ InsyaAllah,Allah
lipat
gandakan rezeki. Sebelum tidur, berdoa, depends on apa
yg kita hendak sepanjang tidur,otak akan
generatekan
all of our wish & InsyaAllah, kita akan work towards
it (ada semangat) di keesokan harinya.

Makan buah sebelum breakfast, lunch & dinner ~ ikut
Sunnah &dapat pahala & also boleh rujuk kpd pakar

pemakanan,vit. C dari buah2an yg dimakan selepas
breakfast, lunch & dinner yang akan diperolehi adalah

approaching 0%.Jangan minum air semasa sedang makan
(breakfast, lunch & dinner). Minum air selepas 15-30

minit selepa makan.Untuk minum, bagi teguk yg pertama
sahaja, biarkan air dlm mulut about 10s then baru

telan.Teguk kedua & seterusnya boleh minum terus sbb
air liur ada enzyme yg boleh membunuh kuman dlm

pankreas,perut, & so on yg akan dibawa oleh air
tegukan pertama.

Seelok2nya makan malam sblm
maghrib ~ ikut sunnah
(Rasullullah makan sblm maghrib kecuali bulan Ramadhan
saja ie masa maghrib), sbb,bagi yg
tgh study (or
anak2), otak akan berfungsi excellently (senang absorb
ilmu) around 2 hrs slps makan so, if makan
at 8:30pm,
around 10:30pm baru start study and most probably
hanya boleh bertahan hingga jam 12 tgh malam

saja,jadi, tak byk yg boleh dipelajari berbanding
kalau makan pukul 6:30(org Cina take dinner around
this
hour). Juga, kita tak tidur dlm kekenyangan (yg
mana boleh menghindar dari membuat sembahyang malam)

Tatacara di bilik air
Selepas buang air kecil, berdehem 3x (teran sikit) ~
boleh elak drpd dapat batu
karang Semasa buang air
besar,mengiring sedikit ke kiri ~ ikut sunnah sbb bila
mengiring ke kiri, perut akan
tekan bladder and senang
buang air besar

Tatacara didik anak
Antara tips untuk dpt anak bijak/genius,
ajar anak
(atau baby) tidur mengiring ke kanan ~ sbb jantung (yg
terletak sblh kiri)akan lebih”lapang”/”lega”
dan mudah
berdegup (erjalanan darah okay) and otak anak akan
develop excellently.Bagi anak2 yg dah azalinya
active
or hyper-active, kurang(or jgn) pakaikan baju warna
orange ~ sbb warna ini boleh merangsang secara

actifnya tindak tanduk anak (ie. akan lebih nakal),
sentiasa bersemangat waja & exuberant.

Tatacara
didik diri sendiri
Amalkan apa2 yg baik (juga amalan2 baru) selama 21+
plus hari berturut2 ~ Rasullullah (saw)
bersabda, sst
amalan yg diamalkan sekitar 21-30 hari, continuously,
akan menjadi tabiat and kalau tak, ilmu itu
akan mati.
Buang segala rasa hasad dengki, dendam & lain2 yg -ve
~emosi2 ini akan membenarkan otak release
excessive
adrenaline, cortisone & toxine yg mana boleh membawa
kpd bbrp penyakit cepat letih, wajah cepat
nampak
tua(tua sblm waktunya), selalu sakit perut & etc

Ada 3 kategori manusia :-
BERJAYA : Hari ini
lebih baik daripada semalam
TERPEDAYA : Hari ini sama seperti semalam
CELAKA : Hari ini lebih teruk daripada
semalam

“Apabila kita kejar dunia, dunia akan lari; tetapi
apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar
kita”

Just to ambil iktibar untuk mendidik diri & family.
Usia Dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya,

terlalu!
So, it’s good if we can remind each other because in
Rasulullah’s last sermon, baginda pun did
mention that
all those who listen to him (on that day) shall pass
on his words to others, and those to others
again; and
may the last ones understand his words better that
those who listen to him directly…Yang baik
datang
dari Allah & yg kurang itu is from my weaknesses. Do
impart this knowledge & you’ll lose nothing.

Wallahualam…………. Very Happy Very Happy Very Happy

[url=][/url]


Last edited by malaikat 4 on Thu Aug 14, 2008 9:46 am; edited 1 time in total
Back to top Go down
View user profile
malaikat 4(sWk)
Ahli motivasi
Ahli motivasi


Number of posts: 7
Age: 21
Location: Alam Malakut
Registration date: 2008-08-14

PostSubject: update 14 august   Thu Aug 14, 2008 8:50 am

Motivasi dari Malaikat 4
..
'Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria, ada datang dengan perasaan 'biasa' dan ada datang dengan perasaan serba tak kena '.. Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan 'biasa' saja, hasilnya adalah 'biasa' saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa. Bekerja lah dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah... '

Jadi renungi lah :-

1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggung jawab 'DATANG BEKERJA' tapi hampeh, hasilnya macam kita 'TAK DATANG' kerja.

2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT'.

3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN', tapi rupanya kita BUSY BODY.

4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENG'AJAR'AN.

5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS.

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA

7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah lebih baik kita tanya 'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT'

Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA, maka lakukanlah.. .Segera, tapi manusia tetap manusia..sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik...adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?

Maka untuk itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan..kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.

Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat..kita draw kat akhirat nanti...tapi kalau kita asyik dengki mendengki..nasib la sebab dah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih..

Renungi lah, berapa orang kawan kita dan berapa orang lawan kita, nescaya itu la kayu pengukur diri yang sebaiknya...


[url=][/url]
Back to top Go down
View user profile
Tok Zet
Repoter
Repoter


Number of posts: 5
Location: any where in the world
Registration date: 2008-08-12

PostSubject: Re: memantapkan Motivasi dari malaikat 4   Thu Aug 14, 2008 12:30 pm

Quote fr malaikat4

"Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat..kita draw kat akhirat nanti...tapi kalau kita asyik dengki mendengki..nasib la sebab dah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih."

Aku nak tambah setingkat lagi.. klu tak kisah lah.

Tak dapat gaji lebih pun tak apa, tak dapat pahala pon tak apa sebab kalau dapat keredhaan Ilahi ia lebih dr segala isi alam dan isi langit. Kerana semakin banyak kita mendapat keredhaan maka semakin kita meredhai segala pemberianNya. Klu gembira yang dikurniakan kita bersyukur, klu musibah yg didatangkan, kita lagi bersyukur. Hanya kesyukuran itu mendekatkan kita dgn Maha Pencipta.

Sedikit renungan dri org tue tetang solat:

Semasa kecil kita solat kerana latihan
Bila dewasa kita solat kerana takut (dimarah ibubapa)
Lagi dewasa kita solat kerana inginkan balasan (nak syurga)
lagi dewasa kita solat kerana malu kalau dikata (sebab dah jadi orang surau)
lagi dewasa kita solat kerana kewajipan sebagai hamba (tu lepas pergi mengaji kat surau)
Tetapi... apabila kita matang yakni kenal siapa kita disisiNya, kita solat kerana ingin keredhaanNya
dan bukan sebab yg dinyatakan sebelumnya.

Wallahualam
Back to top Go down
View user profile http://shahbandaraya.myminicity.com/
malaikat 4(sWk)
Ahli motivasi
Ahli motivasi


Number of posts: 7
Age: 21
Location: Alam Malakut
Registration date: 2008-08-14

PostSubject: Re: memantapkan Motivasi dari malaikat 4   Fri Aug 15, 2008 11:44 pm

BILA AL QURAN BERSUARA
Waktu engkau masih kanak-kanak...........

kau laksana kawan sejatiku
Dengan wudu', Aku kau sentuh
dalam keadaan suci, Aku kau pegang
Aku,kau junjung dan kau pelajari
Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras
setiap hari
Setelah selesai engkau menciumku mesra

Sekarang engkau telah dewasa..............
Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku...
Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal
sejarah...?
Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak
menambah pengetahuanmu
Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang
belajar mengaji.......
Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali;
sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan
Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pengisi
setormu.

Kadang kala Aku dijadikan mas kawin agar engkau
dianggap bertaqwa
Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis
dan syaitan
Kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam
kesendirian , kesepian.
Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau
pendamkan.
Dulu...pagi-pagi...surah-surah yang ada padaku
engkau baca beberapa
halaman.
Di waktupetang, Aku kau baca beramai-ramai bersama
temanmu di surau.....

Sekarang...seawal pagi sambil minum kopi...engkau
baca surat khabar dahulu
Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia
Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang
dari Allah Azzawajalla,
Engkau engkau abaikan dan engkau lupakan...

Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca
pembuka
surah2ku(Bismillah).
Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati
musik duniawi
Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang
terdapat di dalam keretamu
Sepanjang perjalanan,radiomu selalu tertuju ke
stasyen radio kesukaanmu
Mengasyikkan.

Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca
sebelum kau mulai kerja
Di Komputermu pun kau putar musik favoritmu
Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku.........
E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau
abaikan
Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu
Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah
benar-benar hampir melupaiku


Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata
berjam-jam di depan TV.
Menonton siaran telivisyen
Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk
Hanya sekedar membaca berita murahan dan gambar
sampah
Waktupun cepat berlalu.........
Aku semakin kusam dalam laci-laci mu
Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama

Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku
kembali
Itupun hanya beberapa lembar dariku.
Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu
Engkaupun kini terangkak-rangkak ketika membacaku
Atau waktu kematian saudara atau taulan mu

Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai
kiamat tiba
Engkau akan diperiksa oleh para malaikat
suruhanNya
Apakah TV, radio ,hiburan atau komputer dapat
menolong kamu?
Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku
menolong mu
Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t

Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu...
Setiap saat berlalu...
Dan akhirnya.....
kubur yang setia menunggu mu...........
Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu

Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati...
Di kuburmu nanti....
Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan.
Yang akan membantu engkau membela diri
Dalam perjalanan ke alam akhirat.
Dan Akulah "Al-Qur'an",kitab sucimu
Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu.

Peganglah Aku kembali.. .. bacalah aku kembali aku
setiap hari.
Karena ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat
suci.
Yang berasal dari Allah Azzawajalla
Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah
Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu
Keluarkanlah segera Aku dari almari, lacimu.......
Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu.
Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu.
Sentuhilah Aku kembali...

Baca dan pelajari lagi Aku....
Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau
secebis ayat
Seperti dulu.... Waktu engkau masih kecil
Di surau kecil kampungmu yang damai
Jangan aku engkau biarkan aku sendiri....
Dalam bisu dan sepi....
__________________

Harga diri seseorang itu adalah
berdasarkan apa yang ia lakukan
untuk memperbaiki dirinya......
scratch scratch scratch
Back to top Go down
View user profile
TransKnight
Pengasas SARAWAK2
Pengasas SARAWAK2


Number of posts: 1
Age: 19
Location: Miri Sarawak
Registration date: 2008-08-12

PostSubject: Re: memantapkan Motivasi dari malaikat 4   Sat Aug 16, 2008 2:23 am

huh... sayu bila ku mendengar keluhan itu..

terbuka dimindaku memikirkan hal mati

teringin ku yang enkau dtg di dunia akhirat kepadaku untuk membelaku

insafku kepada illahi kerana sakitku didunia ini hanyalah sementara tp di akhiratnya nanti tiada henti dan nyata

ku renungmu di tempat ku meletak mu

kesal ku mengabai mu walaupun ianya sudah setahun berlalu bila kali terakhir ku membacamu

teruja ku memahami erti isi kandungan ayat yg ada di dalamMU

harapan ku agar ku pasti membaca mu lagi...walaupun tidak beberapa tahu membaca tp ada org yg akan mengajar

lafaz ku kini tidak terhenti apabila ku kenang dosaku kepada MU dan yg lain2

ATAS JASA MU AKU TERLINDUNG DARI BAHAYA KERANA SENTIASA MENGIGATI SURAH2 MU
Back to top Go down
View user profile
Haseo(swk)
Pemotong Kepala
Pemotong Kepala


Number of posts: 8
Registration date: 2008-08-12

PostSubject: Percaya atau abaikan mereka   Sun Aug 17, 2008 2:24 am


_________________
Back to top Go down
View user profile http://sarawak.forumotion.net
malaikat 4(sWk)
Ahli motivasi
Ahli motivasi


Number of posts: 7
Age: 21
Location: Alam Malakut
Registration date: 2008-08-14

PostSubject: Re: memantapkan Motivasi dari malaikat 4   Sun Aug 17, 2008 9:53 pm

Al-quran Sebagai Pemberi Syafaat Di Hari Akhirat







[size=9]Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Bacalah al- Quran kerana ia
akan datang pada Hari Akhirat kelak sebagai pemberi syafaat kepada
tuannya.”

Riwayat Muslim


Pengajaran Hadis:

i) Al-Quran merupakan kalam Allah dan perlembagaan syariatnya yang
kekal abadi. Allah telah menurunkannya kepada manusia sebagai panduan
dalam mengharungi kehidupan agar dapat mencapai kebahagiaan di dunia
dan akhirat.

ii) Membaca al-Quran merupakan satu ibadah yang boleh menghampirkan
diri seseorang itu kepada Allah S.W.T. Pahalanya amat besar iaitu
sesiapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran, ganjarannya satu
kebaikan dan sepuluh ganjaran yang sama dengannya. Selain itu ia juga
boleh meberikan syafaat di hari akhirat kelak.

iii) Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim ada
menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :”
Perumpamaan Mukmin yang membaca al-Quran adalah seperti limau yang
mempunyai bau yang harum dan rasanya sedap. Manakala perumpamaan mukmin
yang tidak membaca al-Quran pula adalah seperti tamar yang tidak ada
bau tetapi rasanya manis dan sedap.”

iv) Membaca al-Quran hendaklah dilakukan dengan beradab sebagai
menghormati kalimah Allah di antaranya ialah seseorang itu hendaklah
berada dalam keadaan suci (berwudhu’) dan membacanya di tempat yang
bersih, memulakan dengan membaca Ta’auwuz dan Basmallah, membaca dengan
teliti dan perlahan, menjaga makhraj (bertajwid) serta memperelokkan
suara sekadar termampu.

v) Pembacaan al-Quran yang paling baik ialah apabila difahami apa yang
dibaca. Dengan ini barulah seseorang itu akan dapat merasai nikmatnya
yang sebenar.











__________________
Ketenangan menempuh dugaan, mampu merubah segalanya...[/size]
Back to top Go down
View user profile
Tok Zet
Repoter
Repoter


Number of posts: 5
Location: any where in the world
Registration date: 2008-08-12

PostSubject: Re: memantapkan Motivasi dari malaikat 4   Tue Aug 19, 2008 2:53 am

Bagaimanakah al-Quran itu diwahyukan.

Nabi Muhammad s.a.w. dalam hal menerima wahyu mengalami bermacam-macam cara dan keadaan. di antaranya:

1, Malaikat memasukkan wahyu itu ke dalam hatinya. Dalam hal ini Nabi s.a.w. tidak melihat sesuatu apapun, hanya beliau merasa bahwa itu sudah berada saja dalam kalbunya. Mengenai hal ini Nabi mengatakan: "Ruhul qudus mewahyukan ke dalam kalbuku", (lihat surah (42) Asy Syuura ayat (51).

2. Malaikat menampakkan dirinya kepada Nabi berupa seorang laki-laki yang mengucapkan kata-kata kepadanya sehingga beliau mengetahui dan hafal benar akan kata-kata itu.

3. Wahyu datang kepadanya seperti gemerincingnya loceng. Cara inilah yang amat berat dirasakan oleh Nabi. Kadang-kadang pada keningnya berpancaran keringat, meskipun turunnya wahyu itu di musim dingin yang sangat. Kadang-kadang unta beliau terpaksa berhenti dan duduk karena merasa amat berat, bila wahyu itu turun ketika beliau sedang mengendarai unta. Diriwayatkan oleh Zaid bin Tsabit: "Aku adalah penulis wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah. Aku lihat Rasulullah ketika turunnya wahyu itu seakan-akan diserang oleh demam yang keras dan keringatnya bercucuran seperti permata. Kemudian setelah selesai turunnya wahyu, barulah beliau kembali seperti biasa".

4. Malaikat menampakkan dirinya kepada Nabi, tidak berupa seorang laki-laki seperti keadaan no. 2, tetapi benar-benar seperti rupanya yang asli. Hal ini tersebut dalam Al Qur’an surah (53) An Najm ayat 13 dan 14.

Artinya:

"Sesungguhnya Muhammad telah melihatnya pada kali yang lain (kedua). Ketika ia berada di Sidratulmuntaha."
Back to top Go down
View user profile http://shahbandaraya.myminicity.com/
malaikat 4(sWk)
Ahli motivasi
Ahli motivasi


Number of posts: 7
Age: 21
Location: Alam Malakut
Registration date: 2008-08-14

PostSubject: Re: memantapkan Motivasi dari malaikat 4   Tue Aug 19, 2008 10:39 pm

tok zet ko pun pakar motivasi gakk
Back to top Go down
View user profile
Tok Zet
Repoter
Repoter


Number of posts: 5
Location: any where in the world
Registration date: 2008-08-12

PostSubject: Re: memantapkan Motivasi dari malaikat 4   Wed Aug 20, 2008 11:01 am

malaikat 4(sWk) wrote:
tok zet ko pun pakar motivasi gakk



keje aku memang motivator/trainer by profession... king

rujuk profile aku...
Back to top Go down
View user profile http://shahbandaraya.myminicity.com/
malaikat 4(sWk)
Ahli motivasi
Ahli motivasi


Number of posts: 7
Age: 21
Location: Alam Malakut
Registration date: 2008-08-14

PostSubject: Re: memantapkan Motivasi dari malaikat 4   Thu Aug 21, 2008 5:20 am

Tok Zet(SWK) wrote:
malaikat 4(sWk) wrote:
tok zet ko pun pakar motivasi gakk



keje aku memang motivator/trainer by profession... king

rujuk profile aku...


betol ek.. so awk slalu buat kem motivasi lah... nak join blehh
Back to top Go down
View user profile
Tok Zet
Repoter
Repoter


Number of posts: 5
Location: any where in the world
Registration date: 2008-08-12

PostSubject: Re: memantapkan Motivasi dari malaikat 4   Thu Aug 21, 2008 12:12 pm

begitu la kira2nya...

esok aku dah kluar sampai ahad, ada teambuilding untuk pekerja sebuah kilang shah alam.
Back to top Go down
View user profile http://shahbandaraya.myminicity.com/
malaikat 4(sWk)
Ahli motivasi
Ahli motivasi


Number of posts: 7
Age: 21
Location: Alam Malakut
Registration date: 2008-08-14

PostSubject: Re: memantapkan Motivasi dari malaikat 4   Mon Aug 25, 2008 1:32 am

tok post lah lagi ...
Back to top Go down
View user profile
 

memantapkan Motivasi dari malaikat 4

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions of this forum:You can reply to topics in this forum
MY TEAM :: SeLamaT DatanG Ke MY TEAM :: MY TEAM-
Post new topic   Reply to topic